[close]

Ucapan Pengetua

Berikut ialah ucapan pengetua dan bekas pengetua kepada semua warga sekolah. Ia merupakan harapan dan wawasan dalam mencapai kemajuan sekolah.

Daripada Pengetua sekarang, Pn. Ashimah Bt Ahmad

Daripada Pengetua ke-4, Encik Tay Keng Lee

 Pengetua Yang  Keempat  Encik Tay Keng Lee  16 Feb 2009 - Kini

Pengetua Yang Keempat Encik Tay Keng Lee, PPN 16 Feb 2009 - 1 Ogos 2010

“Sesuatu kecemerlangan akan tercapai dengan adanya amalan budaya ilmu dan buday kerja. Tiada jalan pintas ke arah kejayaan itu. Usaha gigih, penuh iltizam secara berterusan perlu dilaksanakan.

Satu kebanggaan bagi warga SMK BUD (4) dalam usia baru menjangkau 5 tahun, kita telah berjaya membuktikannya. Peningkatan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum begitu memberangsangkan.

Dengan perkembangan ini, saya penuh yakin SMK BUD (4) mampu mencipta nama setanding dengan sekolah-sekolah terkemuka pada masa akan datang.

Daripada Pengetua ke-3, Puan Hajah Zabedah Bt Haji Abbas

 Pengetua Yang Ketiga  Puan Hajah Zabedah Bt Haji Abbas  Jan 2008 - Feb 2009

Pengetua Yang Ketiga Puan Hajah Zabedah Bt Haji Abbas Jan 2008 - Feb 2009

“Saya ingin menasihati para pelajar tentang pentingnya budaya ilmu supaya dapat melahirkan individu yang berdaya fikir dan mampu bersaing dengan mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif serta menggalakkan perkembangan potensi pelajar agar menjadi insan yang seimbang, positif dan berkeyakinan menghadapi cabaran. Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM, diharapkan pelajar-pelajar berusahalah dengan penuh ketekunan dan kesabaran agar kejayaan menjadi milik anda.

Akhir kata, saya mengucapakan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan berharap agar sekolah ini akan mencipta nama dan mencata sejarah setanding dengan sekolah-sekolah terkemuka di negara kita.”

Daripada Pengetua ke-2, Puan Hasni Bt Hassan

Pengetua Yang Kedua  Puan Hasni Bt Hassan  Jan 2007 - Ogos 2007

Pengetua Yang Kedua Puan Hasni Bt Hassan Jan 2007 - Ogos 2007

“Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang memainkan peranan penting membangunkan kecemerlangan ilmu dan memperteguh nilai-nilai murni dalam diri para pelajar. Pembentukan sahsiah asertif adalah penting untuk menanganigejala negatif yang bertentangan dengan budaya cemerlang sekolah. Pelajar bukan sahaja diharapkan dapat menapis maklumat tetapi bolh menganalisis keadaan, beretika mulia serta mempunyai perasaan bertanggungjawab terhadap sikap dan keputusan yang diambil.

Pencapaian cemerlang dalam bidang akademik malahan kokurikulum akan menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Namun, nilai-nilai murni dan pegangan budaya yang mantap juga memainkan peranan yang penting di dalam kejayaan seseorang.”

Daripada Pengetua Pertama, Puan Liu Ling Ling

Pengetua Yang Pertama  Puan Liu Ling Ling  Dis 2001 - Sept 2006

Pengetua Yang Pertama Puan Liu Ling Ling Dis 2001 - Sept 2006

“Sesungguhnya, kecemerlangan adalah lambang dan identiti SMK BUD (4). Pada kesempatan ini, saya ingin mengingatkan para pelajar agar terus mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan cemerlang dalam kehidupan seharian. Begitu juga, budaya ini perlu diamalkan dengan seimbang sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

Budaya kerja cemerlang yang diamalkan oleh sekolah ini sekali lagi telah membuktikan SMK BUD (4) kini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah seperti sekolah-sekolah mantap lain di Daerah Petaling. Akhir kata, saya berharap sekolah ini akan terus maju dan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.”