[close]

PIBG

Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Bandar Utama Damansara (4) , P.J. telah ditubuhkan untuk mendapat kerjasama para ibubapa dalam membantu memajukan sekolah dan pelajar.

Tujuan Persatuan

(a)      Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar-pelajar dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4) dalam meningkatkan imej Sekolah;

(b)      Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan pelajar-pelajar dalam kegiatan mereka;

(c)      Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

(d)      Untuk memberi peluang kepada ibubapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan

(e)      Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi Persatuan

(a)    membantu dalam memajukan perkembangan pelajar dan menjaga kebajikan pelajar;

(b)   menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;

(c)    meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;

(d)   meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

____________________________________________________________________________________________

Perlembagaan PIBG

____________________________________________________________________________________________

Senarai Yang DiPertua PIBG:

Tahun Nama
2003 – 2008 : En. Tony Sio Ming Chuan
2009 – 2010 : Dato’ Aminuddin Baki Bin Esa

___________________________________________________________________________________________

Minit Mesyuarat Agung kali ke-8

[versi Bahasa Malaysia]

[versi Bahasa Inggeris]

____________________________________________________________________________________________

Mesyuarat Agung kali ke-9 telah diadakan pada 6 Feb 2010

Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-9