Sejarah
Sejarah ringkas sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4) Petaling Jaya atau dikenali sebagai SMK BUD (4) telah dibina pada 1 Disember 2002. Sesi persekolahan yang pertama bermula pada 7 Januari 2002 dengan kemasukan pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu. Pada 4 Januari 2002 pihak sekolah juga telah mengadakan Hari Orientasi yang pertama.
Pada tahun permulaan persekolahan 2002,seramai 132 orang pelajar (sebuah kelas Tingkatan Peralihan dan 4 buah kelas Tingkatan Satu) menuntut di sekolah ini. Seramai 13 orang guru dan seorang Pengetua yang bertugas di sini. Mereka merupakan peneraju pertama dalam memajukan dan merealisasikan impian SMK Bandar Utama Damansara (4). Sekolah ini turut melahirkan pelajar calon PMR buat julung kalinya pada tahun 2004 dan calon SPM pada 2006.
Kini pada tahun 2010 , jumlah pelajar yang mendaftar mancapai sebanyak 1336 orang yang dibimbing oleh 76 orang tenaga pengajar dan 8 orang kakitangan sokongan. Kebanyakan pelajar yang mendaftar tinggal di kawasan sekitar Damansara iaitu Bandar Utama, Taman Tun Dr. Ismail, Sungai Kayu Ara, Damansara Perdana, Damansara Jaya, Damansara Utama, Sungai Rumput, Bukit Lanjan dan Sungai Buloh.
Dari segi kemudahan, sekolah ini mempunyai 6 buah blok bangunan yang menempatkan 36 bilik darjah, bengkel Kemahiran Hidup, bilik pusat sumber, bilik muzik, makmal komputer, makmal siber, bilik pengawas, bilik kaunseling, bilik kesihatan, bilik wayangan, bilik-bilik khas mata pelajaran dan sebagainya supaya pelajar SMK BUD (4) dapat belajar dalam keadaan yang selesa.
Kedudukan SMK BUD(4) terletak di kawasan perumahan Bandar Utama iaitu berhampiran dengan pusat beli-belah One Utama. Lokasi yang strategi di tengah-tengah bandar ini telah banyak memberikan pelbagai kemudahan prasarana di sekeliling sekolah.
tr>
| Tahun | Jumlah kelas | Bilangan kelas | Jumlah pelajar | Jumlah kakitangan akademik | Jumlah kakitangan sokongan | |
| 2002 | PeralihanTingkatan 1 | 14 | 130 | 14 | 2 | |
| 2003 | Tingkatan 1Tingkatan 2 | 84 | 433 | 30 | 5 | |
| 2004 | Tingkatan 1Tingkatan 2Tingkatan 3 | 1084
|
767 | 41 | 6 | |
| 2005 | Tingkatan 1Tingkatan 2Tingkatan 3
Tingkatan 4 |
7108
4 |
1001 | 54 | 7 | |
| 2006 | Tingkatan 1Tingkatan 2Tingkatan 3
Tingkatan 4 Tingkatan 5 |
6710
9 4 |
1185 | 63 | 9 | |
| 2007 | PeralihanTingkatan 1Tingkatan 2
Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 |
156
7 9 9 |
1252 | 64 | 8 | |
| 2008 | Tingkatan 1Tingkatan 2Tingkatan 3
Tingkatan 4 Tingkatan 5 |
777
7 9 |
1223 | 76 | 8 | |
| 2009 | Tingkatan 1Tingkatan 2Tingkatan 3
Tingkatan 4 Tingkatan 5 |
877
7 7 |
1210 | 68 | 8 | |
| 2010 | Tingkatan 1Tingkatan 2Tingkatan 3
Tingkatan 4 Tingkatan 5 |
977
6 7 |
1363 | 74 | 7 | |
| 2011 | PeralihanTingkatan 1Tingkatan 2
Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 |
167
7 7 7 |
1350 | 73 | 8 | |
| 2012 | PeralihanTingkatan 1Tingkatan 2
Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 |
156
9 7 7 |
Senarai pengetua-pengetua SMK Bandar Utama Damansara (4)
Pengetua kini
Pn. Normal Bt Ismail (16 Dis 2011 – kini)
Pengetua Kelima
Pn. Ashimah Bt Ahmad (1 Jan 2011- Okt 2011)

Pengetua keempat
En. Tay Keng Lee, PPN (16 Feb 2009 – 1-8-2010)
Pengetua ketiga:
Pn. Hj Zabedah bt. Hj Abbas (Jan 2008 – Feb 2009)
Pengetua kedua:
Pn. Hasni bt. Hassan (Jan 2007 – Ogos 2007)
Pengetua pertama:
Pn. Liu Ling Ling (Dis 2001 – Sept 2006)
Senarai Penolong Kanan
Penolong Kanan Kedua: Tn. Hj. A. Talib Bin Ismail (April 2009 – sekarang)
Penolong Kanan Pertama: Pn. Lee Tsock Wah (Dis 2001 – April 2009)
Penolong Kanan HEM Kedua: Pn. Zubaidah Bt Ahmad Ishak (Jan 2009 – sekarang)
Penolong Kanan HEM Pertama: Pn. Saw Shiow Feng (Dis 2001 – Dis 2008)
Penolong Kanan Kokurikulum Ketiga: Pn. Aini Wardiah Bt Adenan (Jan 2009 – sekarang)
Penolong Kanan Kokurikulum Kedua: Pn. Zubaidah Bt Ahmad Ishak (Jan 2007 – Dis 2008)
Penolong Kanan Kokurikulum Pertama: Pn. Goh (Dis 2001 – 2006)



